Tangisan kegembiraan mengiringi pertemuan seorang anak dan ibunya di pintu sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam selepas pembukaan semula sempadan negara.<br /><br />Noorasyikin Bunnawi, 31 tahun terpisah dengan ibunya, Siti Zubaidah Abdullah, 62 tahun yang pulang ke Trang untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia sejak Oktober tahun lepas.
